Laman Utama arrow Blog arrow Jamuan Hari Raya Bersama Agensi Di Bawah Kementerian Kewangan
Jamuan Hari Raya Bersama Agensi Di Bawah Kementerian Kewangan

02 Okt - Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1430H Antara Agensi Di bawah Kementerian Kewangan Peringkat Negeri Pulau Pinang kali yang pertama telah dilangsungkan di Tapak Pesta Pulau Pinang, Sungai Nibong dengan motif untuk mewujudkan dan merapatkan silaturrahim di kalangan anggota sesama agensi. Majlis yang berlangsung dalam suasana meriah telah dihadiri seramai lebih 350 orang anggota dan kakitangan yang mewakili sebelas (11) agensi terlibat. Pegawai Kewangan Negeri, YBhg. Datuk Farizan bin Darus, Pengarah Kastam Negeri, YBhg. Tuan Matrang bin Suhaili bersama-sama ketua-ketua agensi lain telah bersama-sama memeriahkan majlis dan berbesar hati untuk menyampaikan sumbangan hari raya kepada saudara-saudara baru.

Sementara itu kumpulan nasyid "Nada Mutiara" yang mewakili jabatan turut tidak ketinggalan mengadakan persembahan pada majlis tersebut. -PKPK Misbahudin Bin Parmin.

Image
Orang-orang penting jabatan yang hadir

Image
Antara kakitangan kastam yang hadir

Image
Sebahagian kakitangan kastam yang turut serta

Image
Kumpulan nasyid Nada Mutiara dari jabatan kastam sedang mengadakan persembahan

Image
Tuan Haji Matrang sedang memberi sumbangan kepada salah seorang saudara baru pada majlis tersebut

 
< Prev   Next >