Laman Utama arrow Blog arrow Lawatan Kerja Timbalan Ketua Pengarah Kastam (TKPK), Pematuhan & Penguatkuasaan
Lawatan Kerja Timbalan Ketua Pengarah Kastam (TKPK), Pematuhan & Penguatkuasaan

Image
Sessi Dialog di Bilik Gerakan, Wisma Kastam

8 September 2009 -  Dato’ Haji Mohamed Khalid Bin Yusuf iaitu Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia (Pematuhan & Penguatkuasaan) telah mengadakan lawatan ke Kastam Pulau Pinang. Aturcara pertama yang dilakukan adalah mengadakan Sidang Media keatas kejayaan KDRM Pulau Pinang merampas rokok putih berjenama D&J yang dianggarkan bernilai lebih RM13.7 juta termasuk cukai di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini baru-baru ini dan dalam kes berasingan, bunga api dan mercun bernilai RM10,882 membabitkan cukai sebanyak RM7,034 telah dirampas pada 4 September lalu.

Image
Dato’ Mohamed Khalid menerima cenderahati yang disampaikan oleh Tuan Haji Matrang sambil diperhatikan oleh Pengerusi AJK Bulan Amal 2009 Tuan Haji Saarin

Image
Antara warga kastam bukan islam yang hadir ke Majlis Berbuka Puasa

Image
Dato' Mohamed Khalid sedang menyampaikan sumbangan ke salah seorang anak yatim

 

Image
Sebahagian anak-anak yatim yang dijemput untuk menerima sumbangan sedang berbuka puasa

Pada sebelah petang bertempat di Surau Al-Muttaqeen, Kg. Kastam Bagan Jermal, Butterworth YBhg. Dato’ telah sudi menerima jemputan serta menyampaikan Sumbangan Hari Raya kepada  anak-anak yatim kastam dan anak yatim dari Sek. Keb. Bagan Jermal dalam ‘Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Kastam Diraja Malaysia, Pulau Pinang bersama Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pematuhan & Penguatkuasaan).

Image
Haji Ahmad Bin Napiah sedang memberikan tazkirah selepas solat sunat witir

Tazkirah telah disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Bin Napiah iaitu Timbalan Pengarah Kastam Negeri (Bahagian Kastam) selepas bersolat tarawih. Seluruh warga kastam Pulau Pinang mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg. Dato’ kerana telah sudi mengadakan lawatan ke KDRM Pulau Pinang.

 
< Prev   Next >