Laman Utama arrow Profil Korporat arrow Piagam Pelanggan JKDM Pulau Pinang
Piagam Pelanggan JKDM Pulau Pinang

Image 

Kami berjanji akan memberi khidmat secara profesional dalam melaksanakan fungsi-fungsi perkastaman secara bersepakat dengan sentiasa mengutamakan kehendak pelanggan dan memberi layanan mesra dengan sentiasa berlaku adil, membantu, menghulur perkhidmatan yang cekap, bertanggungjawab, mengkaji semula dan menilai keputusan seperti mana berikut :-

  • Memastikan semua urusan dikendalikan secara professional.
  • Memungut cukai yang hak sahaja.
  • Mengamalkan prinsip-prinsip keadilan dan kesaksamaan.
  • Mengawal kerahsiaan maklumat-maklumat selaras dengan kehendak perundangan.
  • Menjamin maklumat-maklumat perkastaman dapat diperolehi oleh semua pihak.
  • Memberi maklumat dengan cara yang jelas dan mudah.
  • Sentiasa bersedia membantu dan memberi layanan yang cepat dan mesra.
  • Mengendalikan urusan perkastaman dengan segera serta tepat.
  • Memelihara kerahsiaan.
  • Menggunakan maklumat-maklumat yang diterima selaras dengan batas undang-undang.
  • Mengawal dan meminimumkan kos.
  • Mengurangkan kos melalui penggunaan teknologi tercanggih.
  • Melaksanakan tugas berdasarkan kepada piawaian yang telah ditetapkan.
  • Prihatin terhadap kehendak klien.
  • Merasionalisasi keputusan.
  • Jujur.
  • Memberi maklumat yang tepat dan lengkap.
  • Menyempurnakan transaksi kena dan tepat pada masanya.