Laman Utama arrow Profil Korporat arrow Perutusan Pengarah
Perutusan Pengarah Kastam Negeri

Image
Dato' Haji Matrang Bin Shuhaili
 

Salam sejahtera dan selamat melayari laman web Jabatan Kastam Diraja, Pulau Pinang, seterusnya berkenalan dengan lebih dekat dengan jabatan kami melalui dunia siber dan multimedia.

Harapan kami agar tuan/puan akan dapat mencapai maklumat-maklumat dan pengetahuan yang berkaitan dengan objektif, visi, dan fungsi jabatan ini. Seterusnya menjadikan ia satu bahan rujukan bagi semua pihak dalam mengenali kami secara lebih dekat.

Ledakan teknologi maklumat telah mencetuskan gelombang pergerakan ilmu yang memecah sempadan-sempadan geografi lantas mempercepatkan proses globalisasi. Untuk tidak ketinggalan dan menyedari hakikat ini pihak jabatan akan terus berusaha memperbaiki dan menampilkan laman web yang lebih bermutu, berinteraktif dan informatif pada masa depan.

Adalah diharapkan interaktif masyarakat menerusi laman web ini akan dimanfaatkan untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan jabatan.


Sekian, selamat melayari.