Laman Utama arrow Profil Korporat arrow Visi, Misi dan Etika
Visi, Misi dan Etika

Visi KDRM Pulau Pinang

Menjadi Sebuah Agensi Yang Profesional Dengan Tenaga Kerja Yang Berilmu Dan Berakhlak.

 

Misi KDRM Pulau Pinang

Memungut Cukai Tidak Langsung Dengan Cekap Serta Membantu Perkembangan Sektor Perindustrian Dan Perdagangan Melalui Fasilitasi Perkastaman Yang Berterusan Disamping Mempertingkatkan Pematuhan Perundangan Bagi Memelihara Kepentingan Ekonomi, Sosial Dan Kebajikan Negara.

 

Etika Jabatan

Amanah Berkhidmat, Ikhlas dan Dedikasi (A.B.I.D)

 

Dasar Kualiti Jabatan

Selaras denga Etika Perkhidmatan Jabatan, Amanah Berkhidmat Ikhlas Dedikasi (A.B.I.D) kami komited untuk memberi perkhidmatan dengan pengeluaran output yang sentiasa berkualiti tinggi, tanpa sebarang kecacatan, dengan memenuhi kehendak-kehendak pelanggan dan stakeholder mengikut standard yang ditetapkan.
 

Objektif KDRM Pulau Pinang

 Untuk mewujudkan satu budaya korporat Kastam yang berteraskan pegawai-pegawai yang mempunyai intergriti, berdisiplin, terlatih dan mempunyai daya kepimpinan yang tinggi.


Untuk sentiasa merangka-bina, menganalisa serta mewujudkan sistem dan kaedah kerja yang berkualiti untuk kemudahan kerja personel jabatan dan kepentingan para pelanggan.


Untuk sentiasa mengawasi dan memastikan segala peralatan dan kemudahan jabatan diselenggarakan dengan berkualiti.


Untuk sentiasa mewujudkan satu suasana dan persekitaran kerja kakitangan agar sentiasa bersih, kemas, teratur dan cantik dipandang mata.
 

Matlamat KDRM Pulau Pinang

Memungut cukai tidak langsung, membantu perkembangan sektor perdagangan dan perindustrian negara dan membanteras kegiatan penyeludupan dan penyelewengan menerusi pengurusan sumber yang cekap dan berkesan serta perkhidmatan warga yang profesional, berilmu dan berakhlak.