|
Majlis Perhimpunan Setia & Mesra bil 4/2010 |
|
Majlis Perhimpuan Setia & Mesra kali ke 4/2010 telah diadakan pada 10/08/2010 bertempat di Dewan Perumahan Kastam, Perai. Majlis kali ini telah dianjurkan oleh Bahagian Perkhidmatan Teknik. Antara pengisian dalam majlis tersebut adalah Penyampaian Sijil Penghargaan Pegawai Contoh Tiru Macam Saya, Penyampaian Sijil Kehormatan Negeri Pulau Pinang, Penyampaian Sijil Penghargaan Pegawai Yang Berjaya Menyelamatkan Hasil, Memperkenalkan Pegawai Lantikan Baru & Kenaikan Pangkat, Penyampaian Kad Hari lahir, Penyampaian Cenderahati kepada Timbalan Pengarah Kastam Negeri Bahagian Kastam Tuan Hj. Ahmad bin Napiah yang akan bersara pada September 2010 serta Acara Pemotongan Kek Hari Lahir.  Gambar 1  Gambar 2  Gambar 3  Gambar 4  Gambar 5  Gambar 6  Gambar 7 |
|
 Kumpulan PASCA Seluruh warga Bahagian Perkhidmatan Teknik mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kumpulan PASCA dari Cawangan Pasca Import kerana telah berjaya menjadi Naib Johan (Kategori Pengurusan) dalam Konvensyen KMK Peringkat KDRM Pulau Pinang yang telah diadakan pada 19 Ogos 2009 bertempat di Perpustakaan Negeri, Seberang Jaya. |
|
 Syabas dan Tahniah Seluruh warga KDRM Pulau Pinang mengucapkan tahniah kepada Tuan Mohd Syukri Bin Ahmad dan Puan Norsuhaida Binti Mohd Bahari dari Cawangan Pasca Import atas kejayaan menjuarai Kuiz PNB 2009 bagi Kategori Badan Beruniform yang diadakan pada 8-10 Jun 2009 bertempat di Hotel Putra, Kuala Lumpur. Supaya kejayaan ini dapat menaikkan semangat warga KDRM Pulau Pinang ke arah pencapaian yang lebih gemilang. |
|
|