Selasa, 30 April 2013 - Bengkel Penyeragaman Dan Penambahbaikkan Amalan 5S Pulau Pinang telah diadakan bertempat di Dewan Seminar Pulau Jerejak, Komplek Kastam Seberang Jaya. Program ini membabitkan 100 orang kakitangan dari 40 kumpulan Amalan 5S Pulau Pinang.
Bengkel Penyeragaman Dan Penambahbaikan Amalan 5S
Latihan Teknologi Float Glass
Pada 29 April yang lepas, Bahagian Perkhidmatan Teknik JKDM Pulau Pinang telah menganjurkan satu program Latihan Teknologi “Float Glass’ dengan kerjasama Persekututan Pengilang-Pengilang Malaysia di Bilik Seminar Pulau Rimau, Aras 3, Kompleks Kastam Seberang Jaya.
Program Bicara Eksekutif
Satu Program Bicara Eksekutif telah diadakan pada Rabu, 27 Mac 2013 yang lepas di Kompleks Kastam Seberang Jaya. Program ini diadakan bagi membincangkan tajuk “Kuasa-Kuasa Yang Diperuntukkan Kepada Pegawai-Pegawai Jabatan Di Bawah Akta Kastam 1967, Akta Cukai Jualan 1972, Akta Cukai Perkhidmatan 1975 Dan Akta Eksais 1976” dan ia disampaikan oleh Pengarah Bahagian Perundangan JKDM Ibu Pejabat, YBhg. Dato’ Hj. Nik Suhaimi Bin Nik Sulaiman.
Kunjungan Hormat BKN Brunei
Isnin, 25 Mac 2013 – Wisma Kastam Pulau Pinang telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Biro Kawalan Narkotik (BKN) Brunei Darussalam. Delegasi ini terdiri dari 4 orang pegawai diketuai oleh Pemangku Pengarah BKN, Tuan Hj. Jasmin Bin Hj. Jamudin, Ketua Bahagian Risikan Operasi BKN, Tuan Hamzah Bin Hj. Suhaili, Pegawai Narkotik Kanan, Tuan Hj. Jali Bin Abdul dan Penolong Pegawai Narkotik, Tuan Jackson Gelawat Bin Padan. Mereka diiringi oleh PKPK I Md Ali Bin Desa iaitu MTT Timbalan Pengarah Kastam Negeri Bahagian Penguatkuasaan, JKDM Pulau Pinang.
Program Outreach Bahagian Pematuhan
Program Outreach anjuran Cawangan Pendidikan Masyarakat dan Pelanggan Bahagian Pematuhan Ibu Pejabat dan Bahagian Pematuhan Pulau Pinang telah berlangsung pada Selasa, 12 Mac 2013 bertempat di Dewan Seminar Pulau Jerejak, Kompleks Kastam Seberang Jaya. Majlis telah dihadiri oleh seramai 160 peserta yang terdiri daripada pemegang lesen Cukai Jualan, Cukai Perkhidmatan, Levi Keuntungan Luarbiasa, Gudang Pengilangan Berlesen dan warga JKDM Pulau Pinang.











